Ramai antara kita apabila sebut pelaburan hanya nampak satu pelaburan sahaja iaitu ASB.Kadang kadang untuk BumiPutera merasa bangga kerana kerajaan hanya benarkan BumiPutera sahaja untuk membuka buku pelaburan ASB.
Ada yang berfikir bagaimana selain bumiputera membuat simpanan dan gandakan simpanan mereka kerana kita sudah merasa banyak apabila setiap tahun kebiasaanya ASB akan membayar dalam 8 % atau 9 % hasil simpanan setahun kita dalam ASB. Sebenarya selain bumiputera mereka tidak kisah walaupun mereka tidak boleh membuka ASB kerana kerajaan telah memberi peluang kepada semua rakyat malaysia untuk membuat pelaburan dalam saham dan ramai bumiputera yang takut untuk ceburi saham sedankan saham adalah pengerak ekonomi malaysia jika teruk keadaan saham maka teruklah ekonomi sesebuah negara. saya akan tunjukkan pendapatan pelaburan ASB dan pelaburan SAHAM.
56 Comments
Pada 2009, Koon Yew Yin menawarkan untuk menderma RM30 juta kepada Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar) untuk membantu membina asrama di kampus Kampar. Tawaran tersebut ditolak serta-merta pentadbiran universiti tersebut, seingatnya. Enam tahun kemudian beliau kembali dengan tawaran lebih besar – RM50 juta untuk dana membina asrama di kampus Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang - Derma sebesar itu menghairankan, tetapi itulah yang diinginkan Koon, 82, pengasas syarikat pembina Mudajaya Sdn Bhd (kini IJM Corporation) dan Gamuda Sdn Bhd. - Pada 1983 saya mempunyai sakit jantung yang serius. Sebelum pembedahan jantung saya di London, saya memberi semua aset saya kepada isteri dan anak-anak. Selepas pembedahan saya, saya mula belajar bagaimana untuk membuat wang dari pasaran saham," katanya. Pada masa itu beliau adalah pengarah eksekutif di Mudajaya/IJM tetapi melepaskan jawatannya dan melabur masa dan wangnya dalam saham. KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Sentimen global yang kukuh termasuk kenaikan harga minyak mentah dan prestasi meningkat pasaran saham Amerika Syarikat (AS) mendorong peningkatan Bursa Malaysia pada Selasa, dengan penutup FBM KLCI hampir kepada paras tertinggi hariannya.
Petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 12.18 mata sebelum ditutup pada 1,633.39 hari ini berbanding 1,621.21 ketika ditutup pada Isnin. Indeks itu bergerak antara 1,619.48 dan 1,634.41 sepanjang hari ini. Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 479 berbanding 341, manakala 335 kaunter tidak berubah, 556 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung. Jumlah dagangan tidak berubah pada 1.7 bilion saham dengan nilai sedikit tinggi pada RM1.72 bilion, berbanding 1.7 bilion saham bernilai RM1.69 bilion pada Isnin. Peniaga berkata selain bursa tempatan, pasaran Asia lain turut diniagakan tinggi. "Pasaran saham di rantau ini meningkat, didorong oleh kenaikan terbesar syarikat teknologi terkemuka Apple Inc dalam tempoh dua bulan, manakala harga minyak mentah Brent mencecah paras tertinggi dalam tempoh enam bulan pada US$49.47 setong. "Ini telah merangsang pasaran global termasuk Bursa Malaysia...justeru itu, pelabur berharap aliran ini akan berterusan," kata peniaga, dengan menambah, pelabur turut berharap harga minyak mentah boleh melepasi paras US$50 setong tidak lama lagi. Penanda aras global, minyak Brent mencecah paras US$50 pada 4 November tahun lepas. Bagaimanapun, bagi pasaran tempatan, sebahagian peniaga masih berhati-hati dan akan mengikuti perkembangan mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia pada Khamis, yang boleh memberi petunjuk kepada bursa tempatan. Bagi saham wajaran tinggi, Maybank naik lapan sen kepada RM8.53, Public Bank menokok 16 sen kepada RM19.16, manakala TNB dan IHH masing-masing tidak berubah pada RM14 dan RM6.57. Antara saham aktif, AirAsia X naik 1.5 sen kepada 41 sen, AirAsia meningkat 10 sen kepada RM2.32 namun Vivocom dan Compugates masing-masing turun setengah sen kepada 33 sen dan 4.5 sen. Bernama |
Archives
March 2022
Categories |